Fire Starting Automobil: Yamaha 125Z

Pertanyaan yang diajukan..
syah125 aku baru pkai 125z dlm 2 minggu..so ak u nk taw penjagaan moto nie..hrp blh explain

Jawapan kami....
Thanks bertanya dan maaf agak lambat jawab...first kena kenal dulu apa itu motor Yamaha125 Z ni... kalau tak tau macam mana nak tau penjagaan nya ye tak...
_______________________________

Kali ni kami citer pasal 125z standard - Memasuki pasaran Malaysia pada awal 1997 (jika tak silap) Yamaha 125Z adalah model Yamaha ke-3 bagi kami mempunyai prestasi cemerlang selepas Yamaha LC dan yamaha RXZ... mmg sedap pickup best...laju pun laju., tidak hairanlah ia tetap menjadi motosikal 2 lejang yang paling unggul dalam kelasnya. Yamaha 125Z adalah daripada kelas underbone cub, dilengkapi oleh enjin 2 lejang 125cc(seperti sedia maklum bahawa enjin 2 lejang mempunya kuasa berganda dari enjin 4 lejang). , ia mendapat sambutan yang hangat daripada pembeli-pembeli di Malaysia. Memiliki prestasi maksimum dalam setiap aspek, enjin 125cc yang berkuasa tinggi, double brake disc pada depan dan belakang tayar, ekzos catalyzer dan rekaan aerodinamik yang cantik, memenuhi citarasa bagi kelas motosikal tersebut(tentulah salah satu prestasi maksimumnya adalah penggunaan minyak yang banyak). Untuk keluaran pertama, ia dikeluarkan bersama rim biasa berukuran 17 inci, namun disebabkan prestasi enjinnya maka sambutan yang diberikan oleh remaja-remaja di Malaysia amat menggalakkan.senang citer sekiranya anda inginkan kelajuan, pick up yang mantop, motor yang ringan, bunyi yang berdesup, disc break depan belakang, minyak 2T yang kerap, sila gunakan 125Z.
Mesin 125 mmg ringan dah..memang sedap...memang berbaloi...tapi biasa lah 2 stroke...perlukan duit yg agak lebih utk minyak..lagi satu 125 ni body berat,aerodinamik,rendah,memang sedap badannye..stabil pada kelajuan tinggi.. tak goyang bila lawan angin lori.. everything seems perfect.. .bagi aku,aku lebih menyokong 125 sbb mmg best untuk perjalanan dekat dan jauh...kalo jalan jauh tu jangan lah merembat je keje...mmg jem la nanti
_______________________________
Tip - tip penjagaan Motorsikal 2 lejang
(Yamaha 125Z )

_______________________________
Pendek kata, ada beberapa perkara penting yang perlu diperiksa (basic ajer)
1. tekanan udara tayar dan ketebalan bunga tayar
2. ketegangan rantai dan pelincirannya
3. enjin dari segi tiada kebobocoran atau mendapan karbon berlebihan di kebuk pembakaran
4. spark plug, minyak 2T dan minyak 4T dalam keadaan baik.
_______________________________
1) Servis Minyak Enjin
Untuk motosikal baru, adalah disarankan ia hanya dipandu pada kelajuan 80km/j bagi
tempoh 1000km dan selepas penukaran minyak enjin untuk servis pertama. lepas tu servis minyak motor 2 bulan skali.servis minyak hitam, bagi aku tukar ikut kekerapan perjalanan. contoh kalau motor aku jalan 1000km tapi dah sebulan aku gune minyak hitam tu, maka aku tukar. contoh ke2 lak, walaupun motor aku belom sebulan tapi aku dah jalan 2000km maka aku tukar jugak. minyak engine penting woo!walaubagaimanapun, aku tau poket kite selalu tak berduit, jadi set dulu jenis minyak ape nak pakai pastu beli extra ble dpt gaji. kan senang._______________________________
2)Minyak 4T

Kalau tengok manual yamaha 125z, dia syorkan pakai gred 10w-30. tetapi Jika mahu menggunakan minyak enjin jenis 10W30 tidak ada masalah dan ianya terpulang kepada pengguna untuk menbuat pilihan.lagi satu boleh menggunakan minyak pelincir Shell yang bersesuaian dengan corak tunggangan penggunaan motosikal anda. Shell VSX 4T adalah pelincir semi-sintetik, manakala Shell SX 4T pula pelincir diperkuat dengan bahan sintetik dituruti pula dengan Shell S 4T yang sepenuhnya berasaskan mineral. Tahap kualiti minyak pelincir jenama Shell ini menurut turutan yang di atas. Penggunaan Shell VSX untuk motosikal anda pilihan yang baik kerana kualiti Shell VSX adalah yang terbaik bagi rangkaian minyak pelincir Shell Advance. Pelincir semi-sintetik ini mempunyai tahap kestabilan oksida yang lebih baik pada suhu operasi enjin tinggi dan menjamin prestasi perlindungan pada cuaca panas atau perjalanan jauh. Minyak hitam syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ) elak guna minyak yg cair macam VSX atau sebagainye jika nak buat long journey...
_______________________________
3) Minyak 2TYamaha 125z ni Isipadu tangki minyak 2T adalah 1.2 Liter kena jaga minyak 2t jangan sampai habis bagi memastikan ketahanan terhadap kepanasan enjin .perlu dipastikan bahawa saluran 2T tidak tersekat.guna 2T berkualiti tinggi biar senang bakar, dan throttle rasa ringan. Cuba tengok asap kalau keluar banyak mungkin 2t terlebih atau kemungkinan juga piston ring telah haus.Perlu di ingat "spark" hanya akan membakar petrol dan meninggalkan pelincir utk melincirkan piston Bawalah motor anda tu ke bengkel utk di tala semula, kemudian tengok result dlm 1 minggu. Satu lagi, cuba elakkan memasukkan minyak 2T dlm tangki petrol kerana ini akan menyebabkan lebihan 2T semasa pembakaran nanti.
_______________________________
3) Spark PlugSpark plug selalu orang guna NGK"R".kalau nak power irridium spark plug .. plug yg ok slalu leh tahan 20,000km. dah check warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak..check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna.....
_______________________________
3) Servis Carburetorkalo tak ada panduan, anda boleh cuba belajar buka sendiri melalui tengok rakan2 atau pomen servis kaberator..setelah dibuka, sila pastikan jet minyak dan spring karberator berfungsi dengan baik. sediakan petrol atau diesel untuk servis karberator.Lebih elok jika anda menggunakan compressor angin bagi tujuan pembersihan dan pengeringan. kalau tak ada,jemur kejap sebelum pasang balik.apa yang paling penting,setting minyak dan angin jangan usik jika tak mahu tuning lari..
_______________________________
4) Sporket Dan Rantai MotorKalau nak sedap bawak tukar rantai tembaga,Sporket main 15/38 or 15/39 untuk topnya sebab standert punya 15/42 tak silap .selalunya orang tukar set sporket bila mata sporket dah tajam..
tapi sebenarnye..Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam.. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan..
_______________________________
5) Tekanan Angin Tayar Dan RemBiasa tekanan angin tayar depan belakang 200 kpa dan ada yang buat angin depan buat 180 kpa & belakang 200 kpa.. Cuba korang rasa motorsikal korang ada bergegar tak kalau bawak slow dan hilang bila bawak laju sikit...Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok atau pun fork.Kalau ikut rim biasa berukuran 17 inci ...pengubahsuaian saiz rim dan tayar dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan. maksudnya..jgn la terlalu kecil atau terlalu besar yang mana membahayakan penunggang itu sndiri.Tayar besar sedap layan corner.. Di benarkan menukar rim biasa kepada rim sport atau menukar tayar betiub kepada tayar tanpa tiub...Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita
_______________________________
6) Sistem Brake Motor
Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yang baru bukan 2nd hand.Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak.. periksa kandungan minyak brake..kalau kurang tambah kan ajerr... kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru ajerr... Kalau brake ade problem brake tak berapa mencengkam... caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali ..
_______________________________
6) Cable ClucthPeriksa kabel klac, adakah ianya dah mula menunjukkan tanda haus? Kalau ya, tukar kepada yang baru .Pastikan Kabel-kabel lain dalam keadaan sempurna.
_______________________________
7) Sistem EkzosAdakah ianya menunjukkan tanda-tanda nak tersumbat? Power kurang? Mungkin ekzos nak sumbat dah! pergi kedai yang buat welding kereta, suruh potong dan bersihkan bahagian dalam ekzos tersebut.. Atau kalau korang jenis rajin boleh lerrr cuci ekzos tu... buang keladak yang menyumbat ekzos tu...
_______________________________
8) Sistem LampuPeriksa semua peralatan elektrik saperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup... bahaya tau
_______________________________
9) Jaga-jaga motor ni
Tetapi harus diingat, Yamaha 125z macam ni merupakan motorsikal kegemaran pencuri dan menduduki carta 4 motorsikal paling banyak dicuri di malaysia iaitu selain dari Yamaha RXZ, Yamaha LC dan Honda EX5. Solex ler motor korang yerrr kalau nak parking mana-mana...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks


Fire Starting Automobil: Yamaha 125Z
Pertanyaan yang diajukan.. syah125 aku baru pkai 125z dlm 2 minggu..so ak u nk taw penjagaan moto nie..hrp blh explai n Jawapan kami. Thanks bertanya

Fire Starting Automobil: Yamaha 125ZR....
Yamaha 125ZR tuuuuu.. Kali ni kami citer pasal 125z standard - Yamaha 125Z adalah model Yamaha ke-3 bagi kami mempunyai prestasi cemerlang selepas

Fire Starting Automobil Yamaha 125Z Terbaru
More Results Related to fire starting automobil yamaha 125z; Fire Starting Automobil Yamaha 125Z Pertanyaan yang diajukan.. syah125 aku baru pkai 125z dlm 2 minggu

Yamaha 125zr club - Motorcycle Pictures - Faqih.NET
Fire Starting Automobil: Yamaha 125Z. Fire Starting Automobil: Pilihan motorsikal kupcai terbaik. 960x697. Fire Starting Automobil: Pilihan motorsikal kupcai terbaik.

Yamaha 125z design - Motorcycle Pictures - Faqih.NET
Here is the gallery of yamaha 125z design, Fire Starting Automobil: Yamaha 125ZR. 976x736. Fire Starting Automobil: Yamaha 125ZR

Yamaha 125z Price List - Info Harga Terbaru 2014
I have just bought this secondhand bike for rm3k. it is very special because this one is the 1st model of yamaha 125z Fire starting automobil: yamaha 125z,

Fire Starting Automobil Yamaha | Foto Artis - Candydoll
Fire Starting Automobil Yamaha Aneka Foto Artis Indonesia, Artis Korea, Artis Jepang, Antara Yamaha 125z dan Yamaha 135LC. Yamaha TZM & Yamaha FZ150i.

125Z Petronas
Fire Starting Automobil: Yamaha 125Z Pertanyaan yang diajukan.. syah125 aku baru pkai 125z dlm 2 minggu..so ak u nk taw penjagaan moto nie..hrp blh explai n Jawapan

125z
Fire Starting Automobil: Yamaha 125Z. Pertanyaan yang diajukan.. syah125 aku baru pkai 125z dlm 2 minggu..so ak u nk taw penjagaan moto nie..hrp blh explai n Jawapan

Modifikasi Yamaha 125z | iklane.info
Fire starting automobil: yamaha 125z, Pertanyaan yang diajukan syah125 aku baru pkai 125z dlm 2 mingguso ak u nk taw penjagaan moto niehrp blh explai n jawapan kami

Previous
Next Post »