Salam... Pada topik yang lepas, penerangan mengenai apa itu CDI dan Camshaft, diruang kali ini, saya ingin menerangkan mengenai exzost (kita guna bahasa mudah ditaip je), kalau diikutkan cara turutan penerangan bahagian yang perlu diubahsuai, sepatutnya didahulukan karburator tetapi saya dahulukan bahagian exzost, sebab dalam terma standard modified, penukaran kaburator ni dah masuk bab lain, so saya bagitahu tentang exzost je dulu.
Kalau kita lihat budaya bikin membikin motor ni, exzost mmg banyak menarik perhatian bagi mat motor, ini kerana faktor2 menjadikan motor mereka lebih ke arah sporty (kesukanan?) kalau diusik. Korang biasa tengok kebanyakkan orang walaupun motor standard kilang, mereka akan menukar exzost motor diorang betul tak? tak kisahlah exzost tu bunyi macam mana sekalipun, ada yang bunyi pekak giler, ada yang bunyi sedu sedu, ada yang bunyi sepadan ngan motor , dan ada yang bunyi senyap habis walaupun ianya didalam kategori exzost sport. Mengapa orang banyak bikin exzost? Sebab dari bunyi yang terhasil, ia akan memberikan perasaan rasa sempoi, rasa sporty atau semangat mcm motor racing walaupun ia hanya kapchai je pun, tak kira la motor mcm mana pun. Penggunaan exzost sport atau dalam bahasa rempit exzost perang, ia adalah perkara no 1 dalam kepala utk diusik, melainkan anda memang sayang motor taknak usik itu ini kat motor tu hehehe.
Walaubagaimanapun, perlulah diketahui exzost yang macam mana dianda patut pilih utk disesuaikan dengan keadaan enjin motor tu, sebabnya pemilihan exzost yang salah ke atas kondisi enjin motor akan mengakibatkan kompilasi atau masalah dikemudian hari. Perkara ini selalu terjadi kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak hendak bermain motor atau mereka yang terikut ikut dengan budaya orang lain. Saya akan menerangkan secara ringkas je la utk pemahaman mudah, selebihnya kita bicara dilain topic. Disini saya ringkaskan exzost bagaimana perlu anda pilih untuk motor anda, pemilihan exzost adalah bergantung kepada apakah tujuan enjin dimodi atau keadaan enjin motor anda.
- Enjin standart
- Enjin standart modi
- Enjin full modi
- Enjin racing
- Street
- Racing
- Track only
- Custom Standart
- Custom Racing
Enjin standard, hati semangat sukan. Penguna motorsikal jenis ini adalah sebahagian dari majoriti pengguna motorsikal yang banyak dilihat disekeliling anda hari ini, motor standard (STD) pakai exzost sport a.k.a perang, banyak pemakaiannya pada motor budak-budak sekolah, muda-mudi, awek-awek daring(aauumm!!), pakcik-makcik (maybe mmg dia nak pakai atau anak dia yg memandai pakaikan hahahaha), dan mereka yang join komuniti dan mempunyai semangat permotoran yang sihat. Exzost utk enjin std sebegini anda perlu bijak memilih. Kebanyakkan exzost utk enjin std memang banyak dijual dan selalunya rekaan exzost utk enjin ini ianya tidaklah radikal, anda boleh melihat bahagian paip manifold yang menjulur keluar kebelakang hanya besar sedikit sahaja dari ukuran paip exzost std kilang, rekabentuk ada yang seakan akan exzost std kilang dan ada yang seperti exzost racing cup prix. Juga dapat dilihat exzost std kilang tetapi telah dimodifikasikan sedikit mengikut spesifikasi untuk enjin std, yang ini kena buat kerja2 custom di pakar modi exzost. Bunyi exzost2 ni pula tak terlalu pekak sgt, tapi ade yang pekak juga, tu kalau jenis bentuk mcm racing cup prix la, kalau bentuk mcm exzost std tu, bunyi bass nya lebih padu dan kuat sket dari std kilang.
- Jikalau anda menggunakan exzost racing (racing punya, utk cup prix) kepada motor std anda, enjin anda akan mentekedarah petrol mcm haram jadah tetapi power takde pun, pekaknya kadang kala lagi melampau dari exzost racing org dah modi enjin. Silap motor std kilang pun leh cantas anda. Hahahaha.. jaga2
- Memakai exzost racing pada moto std juga menyebabkan beberapa bahagian mekanikal enjin menjadi rosak, selalunya valve bocor, kadang2 leh bengkok, enjin menjadi terlalu panas dari biasa, piston ring haus, dan head tembak (bahagian kebuk pembakaran pecah n hancur)
- Exzost racing sgt tidak sesuai kerana kebanyakkan exzost jenis ini adalah utk piston besor atau dah up cc enjin, so enjin std anda tidak mencapai kehendak kepadatan volume paip yg dibekalkan maka losse power.
Untuk kaki2 modi, pemilihan exzost untuk enjin mereka adalah jenis radikal, paip manifold kebanyakkannye besor2 semacam, lengokkan paipnya mecapang ke luar dari kecil membesor ke tabungnya, dan paip manifold tadi, ada yang panjang dan pendek , tabung juga seperti model superbike, panjang dan pendek, rupa exzost ni macam cup prix selalu pakai tu, itu pun banyak jenis juga, ada yang street ada racing jalanan ada juga yang track only pun diorang belasah pakai. Sesetengahnya pula menggunakan pula exzost streetable (rencana atas enjin std) utk ke enjin modi mcm ni pun ada, sebab memang boleh support pun dan kuasa mmg dah tentu terasa. Dan yang menggunakan exzost std kilang motor tu balik dan dimodifiedkan mengikut specfifikasi enjin, otai modi exzost yg buat keja ni perlu diberitahu apa hantu raya, toyol, jembalang dalam enjin supaya dia boleh sesuaikan modi kat exzost std kilang tadi. Memang kena pakai exzost racing kalau nak power tu rasa, nak pakai std kilang (standard habis tanpa usik) pun boleh tapi macam lemau la pulak enjin tu, kurang tidak balas dan lambat nak pegi. Exzost jenis racing ni memang banyak dijual dipasaran, baik dari siam, indon dan local brand. Di Malaysia ni kebanyakkan memilih brand local, sokong jenama tempatan (yeahh) dan diakui exzost racing negara kita sepert YYPANG, AHM, dan CJ IPOH banyak digunakan oleh kaki2 modi ni, dan mereka juga terbukti bagus sehinggakan exzost local brand ni diimport menjelajah keluar hingga ke rantau negara2 Asean, Japan dan Greece. Ada juga brand luar masuk ke sini dari indon dan siam tetapi tak ramai yang pakai. Dan banyak jenis exzost2 racing ni, susah juga nak diterangkan, street, race, racing track, sprin test & mcm lagi. hanya mereka yang peka dan rajin RnD sahaja tahu mana satu yang bagus utk disesuaikan dengan tujuan modifikasi enjin masing2. Jenis jenis exzost berlainan spec juga menghasilkan bunyi yang berlainan, ade yang pekak2 ok, pekak pekak la jugak, pekak sangat, pekak sangat nih dan pekak nak kena baling lesung batu pun ada hahahaha So pemilihan adalah berdasarkan apakah modifikasi enjin, std modi, full modi, or etc. So kena paham spec exzost dan modifikasi enjin kerana berlainan spec exzost memberikan kuasa berlainan.
Mungkin ada yang bertanya bagaimana pula dengan exzost use in track only, Selalunya exzost jenis ini hanya sesuai utk enjin yang disediakan untuk race atau modi extreme, yg jenis modi mcm tu sesuai la dengan kehendak enjin tu yang mahukan the last ultimate weapon. Keberkesanan exzost ini hanya terasa dengan kajian modifikasi yang teliti dan kesermpurnaan setting enjin tu, dan kebanyakkan exzost jenis ini adalah custom tempah dituner2 or dibuat bersama bengkel2 cuprix. Yang kebanyakkan dijual disertakan spec atau kateria sejauh mana exzost ini boleh menampung modifikasi enjin tu pula. Exzost ini memerlukan anda adalah jenis PELUMBA (halal) yang menggunakan utk tujuan yang betul dan serius. Exzost track ni adalah sangat le tak sesuai nak dibuat pakai daily.. sebab exzost ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat la pekak!!! Pekak giler!! Piawwwww mcm petir punyer pekak!! Kalau lalu depan org tua leh lemah jantung la jugak.. jangan ingat pakai kat kapchai mcm lc tak pekak.. pekak oi!! Dan kalau masuk kat enjin modi std or full pun boleh kalau hati jenis Gua Ni Rempit Sejati Balai Cerita Apaada Hal Lah nak pakai atas jalan pakai la.. tak hal.. Cuma mengganggu masyarakat la.. baik di kawasan perumahan dan jalan raya sana memang ganggu orang punyer lah bukan takat org atas jalan dengar sakit hati.. riders yg pakai nak try try la konon pun leh jadi tak sanggup nak berhadapan dengan masyarakat hahahahahahahahaaha exzost jenis ni biasa digunakan utk pertandingan sukan permotoran, perlumbaan yang diluluskan, atau pun korang guna masa main track day kat litar2 lumba diseluruh negara. Ada juga yg guna utk race haram jenis betting2 ni jgn race haram tau tak elok.. (nasihat) Yang race halal bertauliah tu memang tak salah pun pakai. Atas jalan tu salah la.. polis jumpa kena maki, jpj jumpa terus sita.
Pesanan ringkas
- Kebiasaannya penggunaan exzost ini, suhu enjin meningkat dari biasa, ini kerana factor modifikasi enjin dan exzost tu sendiri, exzost jenis ni adalah jenis lepas terus, kesannya enjin perlu diselenggara secara berjadual.
- Tepet dibahagian head sering kali akan longgar dalam jangka masa tertentu, maka kena peka dengan bunyi dibahagian head tu.
- Kadangkala minyak enjin menjadi cepat meresap hilang disebabkan haba yg tinggi maka amatlah perlu dititik beratkan kapasiti minyak enjin.
- Pakai exzost jenis ni semangat jadi lain mcm, riders lain yg pakai pun sama, mula nak bakor membakor, pastu bila dah terbakor mula la nak tunjuk power, last2 race, bila race tu dah termaktub dlam kategori race haram la atas jalan, nak race biar kena tempatnye, jalan tak sibuk takpe, jalan sibuk cari naya, jangan sampai jadi bahan berita ingat org tersayang..
- Penggunaan exzost ini sangat bising, seringkali mereka yang memakai dilabel sebagai mat rempit. Pihak berkuasa juga amat suka untuk menahan mereka yang memakainya tetapi tidaklah bermakna ianya tidak boleh dipakai dan bertoleransi. Oleh itu pastikan anda memakai exzost racing ini jenis tidak terlalu bising, sperti spec street dan race. Kalau pakai jenis track only sendiri mau jawab.
- Berdasarkan pengalaman aku, pak polis boleh lagi bertoleransi dengan mereka yang menggunakan jenis exzost racing ni (bukan track only atas jalan.. ni keje hati kering giler) dengan dengan syarat dokumen anda dan motor tu lengkap la.. dan motor tu sendiri lengkap.. lampu, plet no, side mirror, dan rupa yang ada lagi mcm rupa moto asal tu, kalau korang dressup ngan jaket kasut n glove lagi la dia bg lepas mcm tu je. So rupa paras mcm riders yang mementingkan keselamatan dan kesempurnaan motosikal akan membuatkan pihak polis ni lembut sikit hati. Tapi kalau dengan pak JPJ.. sorry le.. tiada maaf bagimu sayang.
CUSTOM MADE
unik rupanya, merdu iramanya, kuasa tak dijangka.. semua ditangan pakar..
Yaaaa!! Custom made!!!! made in kampong puaka sekejap, made in warong pak munawer, made in belakang umah tepi longakang.. heh heh heh hurmm.. mcm mana tu.. selamat datang ke alam exzost bikin ikut apa anda mauuuuu.. exzost jenis ini adalah utk mereka yang mahu explore sesuatu yang sedia ada, atau mereka yang mencari kelainan dari sesuatu yg sudah dicustom atau juga mereka yang tak puas hati dengan exzost power tetapi merasakan ianya masih lagi boleh dimajukan. Ok ke penerangan tu? Hehehe.. ok kita amik contoh
Contoh pertama. Sesetengah golongan ini mereka percaya hasil kerja tangan orang halus buatannya keatas benda yang sedia adalah lebih baik dari membeli terus seperti yang ada dikedai2. Maka meraka memajukan exzost std kilang itu. Dengan berbekalkan penyelidikkan dan kepakaran tukang welding yg amat arif tentang modi exzost, dia meletakkan kepercayaan untuk membedah exzost std tu, kebiasaannya pakar2 bedah ni tahu atau dah berpengalaman dalam kerja2 ni, anda hanya perlu bagitahu apa barang yang anda modi kat enjin dan dari pengamatan dan pengalaman beliau, dia akan bikin baek punye exzost, kadangkala anda juga boleh bgtahu yang mcm mana anda nak berdasarkan penyelidikkan anda sendiri, pun boleh jugak.. budaya modifikasi exzost custom mcm ni memang popular.. dan menjadikan ianya unik, sebab lain org lain spec.. hehe tak sama ma.. sebab ikut apa modi enjin anda..
Contoh ketiga. Aku nak exzost mcm ni mcm ni mcm ni aku nak bentuk mcm ni dan bunyi plak mcm ni.. aku nak panjang/pendek mcm ni.. aku nak abang buat mcm dalam gambar ni aku nak aku sorang je la pakai!!!! haaaaa yg ni meemaaaaang custom habiiiiiis.. dia sorang je pakai dan org nak tiru pun leh gak kalau brani nak pakai hahahaha.. dan pakar tu sekali lagi perlu diberitahu enjin tu anda da modi apa.. supaya dia boleh sesuaikan mengikut pengalaman dia penah lalui. Kebiasaannya exzost jenis ni mmg satu je.. sebab di besi yg kosong dibikin sampai jd sebuah bentuk exzost.. buat lain kali samanya siikiittt je.. takkan sama pun, sebab rupa pakar ni buat takde pun dlam pasaran, dan pakar tu bikin maybe ikut matematik kiraan apa yg owner nak dan digabung ikut matematik tambahan + fizik + sains kejuruteraan + bla bla bla pengalaman pakar tu. Korang boleh cam exzost jenis dengan bentuk yg sangat2 pelik. Dan dalam pelik2 tu jangan tertawakan exzost tu, sebab kalau kena pada pakar yang dah otai gila dalam keje mcm ni, exzost racing kat kedai tu kadang2 leh jadi takleh lawan ini keje exzost custom ni. Dan kebiasaannya jenis custom ni mmg bunyi sgt padu dan merdu. Percaya la.. kalau kena pakar yang buat.. memang puas hati geeeyyyleeeerrrr.
Kesemua kerja2 custom ni memerlukan pengorbanan wang yg tak murah kadang kala.. sebab harganya boleh jadi lagi mahal dari jenis jual kat kedai. (dah le exzost kena sendiri punya kalau bedah std kilang) Dan ada juga yang langsung kadangkala tak masuk akal!!! Yang menentukan ianya power atau tak adalah berapa pakar org yg bikin exzost tu, pengalaman dan hasil kerja itulah nilai yang anda bayar dan bila pakai memey power ar wei pengalaman saya sendiri pernah merasa contoh ketiga kawan saya tempah.. peehhh.. power ada bunyi pun merdu nak mamposs.. mmg puas.. rupa je org kadang2 takleh terima bg sesetengah org. Kepuasan adalah penyebab utama pakai.. sebelum kawan amik balik. Sesuatu yang sengat best pakai exzost custom custom ni adalah warranty kasi bikin itu brg power sampai anda puas hati.. dan kalau rosak pada masa akan dtg, datang je kedai nnt pakar tu kasi bikin balik, dgn syarat anda buat dgn dia sebelum ini. Service lepas jualan mcm ni mana ada kat exzost racing kat kedai biasa.. ko beli pakai tak ngam tu ko punyer pasal la.. duit melayang. Tetapi dengan custom made in teeeeet (kat mana2 PAKAR la) anda mendapat sesuatu yang lebih dari itu yang tiada di kedai2 biasa jual. Kenapa bagus.. kalau dia tu pakar.. kenapa org sanggup datang beratus2 kilometer hanya utk buat dgn beliau.. kalau takleh dtg.. lu call apa lu mau.. nnt gua post pegi tempat lu.. hahahaha.. amacam.. local made, world class.. org tempatan tuu. Jangan main main acrapovic pun mintak antar motor kat dia tau, x mcm ni pakar wakakakakakaka.
Pesanan ringkas
- Berapa anda bayar itulah kepuasan yang anda dapat.. kadang2 mahal juga..
- Semua motor leh bikin dr std sampai ke race track
- Sesuai utk mereka yang suka membuat penyelidikan (wang kena banyak!!)
- Power dan puas hati dijamin!!
Hurrrmm setakat ini je le yang saya tahu.. selebihnya korang kena la cari lagi.. saya tak pandai sangat pun tapi cuma nak berkongsi ilmu dan pengalaman saya.. kadangkala ada modifikasi diatas berlainan dengan yang berlaku di persekitaran anda.. ianya mengikut budaya dan cara sesuatu tempat dan keadaan. Apa yang saya letakkan disini adalah melalui pemerhatian ditempat saya. So lain tempat lain peel nya.
Jikalau ada yang terasa saya sangat2 la minta maaf.. Cuma gurauan dan perumpaan sahaja.. kalau anda ada komen dan tips yang ingin dikongsi boleh la komen. Dan ilmu yang akan korang kongsi akan saya masukkan ke dalam artikel ini dan diletakkan credit kepada anda.. jumpa di topic seterusnya nnt..
FULCRUM BLAZE: Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 4 - Exhaust
Ini adalah blog mengenai informasi modifikasi ke atas motorsikal 4 lejang, dan motorsikal yang dikhaskan di sini adalah motor Yamaha 135lc. Mungkin juga
FULCRUM BLAZE
Bab 4 - Exhaust; Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 6 part 1 - Big Bore; Pengubahsuaian Yamaha 135LC Blaze; Followers. Lai Lai Lai. Labels. CARBURATOR (4) BIG
Fulcrum Blaze Pengubahsuaian Yamaha 135lc Bab 4 Exhaust ...
Here i will explain about Fulcrum Blaze Pengubahsuaian Yamaha 135lc Bab 4 Exhaust. Many people have talked about Rembang waktu: prolintas, latto charok, janda baik.
Watch and Download 135lc ekzos korek | Automotive ...
Fulcrum blaze: pengubahsuaian yamaha 135lc - bab 4 - exhaust, Ini adalah blog mengenai informasi modifikasi ke atas motorsikal 4 lejang, dan motorsikal yang dikhaskan
Yamaha 135lc Gp Edition 2013 - Info Harga Terbaru 2014
Fulcrum blaze: pengubahsuaian yamaha 135lc - bab 4 - exhaust, Ini adalah blog mengenai informasi modifikasi ke atas motorsikal 4 lejang, dan motorsikal yang dikhaskan
Watch and Download Ekzos Cj Ipoh MB lc 5 speed diisi fiber ...
Fulcrum blaze: pengubahsuaian yamaha 135lc - bab 4 - exhaust, Anda perlu pilih exzost adalah jenis std street type utk enjin std anda kerana perkiraan matematik utk
Yamaha 135lc Gp Edition 2011 18 460x307 Yamaha 135lc Gp ...
Info Harga 2014 - Yamaha 135lc Gp Edition 2011 18 460x307 Yamaha Fulcrum blaze: pengubahsuaian yamaha 135lc - bab 4 New nob1 neo silent sport exhaust
Yamaha lc 135 racing engine - Motorcycle Pictures
FULCRUM BLAZE: Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 6 part 2 FULCRUM BLAZE: Pengubahsuaian Yamaha 135LC - Bab 6 part 2 - Big Bore. LC 135: more details for yamaha lc
Yamaha 135lc Es Spec - Info Harga-Harga Terbaru
Fulcrum blaze: pengubahsuaian yamaha 135lc - bab 4 - exhaust, Ini adalah blog mengenai informasi modifikasi ke atas motorsikal 4 lejang,
2014 Yamaha Lc Gp Mudah - Latest Price in 2014
Fulcrum blaze: pengubahsuaian yamaha 135lc - bab 4 - exhaust, Ini adalah blog mengenai informasi modifikasi ke atas motorsikal 4 lejang,
ConversionConversion EmoticonEmoticon