KRISS OPEN SEKILO - Tuned by Alang Motor



Kriss enjin open, body standart

  • Assalamualaikum... alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi.. kali ini kami akan bercerita pasal mesin kriss sekilo.. bukan 1 kilogram, tapi 1 kilometer :)
  • Mesin ini sengaja kami setting untuk jarak 1km kerana setelah mendengar cerita dari teman-teman seperjuangan bahawa mesin 4 lejang berkapasiti asal 110cc mampu 'berlari' sehingga 200 lebih km/j.. lantas memberi idea untuk mencuba mencari apakah resepi disebalik kelajuan ini.. 
  • Seringkas mungkin kami akan ceritakan perihal mesin ini...
  • Dengan jasa baik seorang sahabat yang sanggup mengorbankan motor krissnya (terima kasih nik zam!) kami mulakan modifikasi ini dengan membuka ruang crankcase sebesar 78mm untuk melepaskan blok yang telah di'slip' sebesar 76mm.. agak besar ruang crankcase ini dibuka hingga terpaksa diwelding untuk membuat semula tapak gasket blok.. Piston pula kami gunakan piston bersaiz 71mm dengan stroke 60mm.. dengan itu cc nya telah 'membesar' menjadi 237cc.. Sengaja kami 'oversquare'kan mesin ini kerana enjin oversquare mempunyai banyak ciri-ciri yang kami mahukan untuk mencari kuasa pada top speednya..
    Blok slip 76mm dengan pasangannya piston 71mm 
    Crankshaft original kriss rebuild..
     diameter 100mm, stroke 60mm
    Bahagian ruang crankcase yang diwelding
    • Untuk bahagian dalaman kami gunakan part yang standart original termasuk sistem gear. Memang kami selalu gunakan gear standart untuk kebanyakkan modifikasi kami kerana ketahanannya yang lebih tinggi berbanding gear racing.
    • Sistem klac pula kami menukar spring klac racing dari motor TZM. Gear klac juga standart. Klac plate original Modenas agar tidak mudah 'slip'. Auto klac dibuang untuk mengurangkan tork demi mencari top speed semaksimum yang boleh.
    • Untuk bahagian terpenting ialah head, jadi kami upgredkan head standart dengan membesarkan valve minyak menjadi 36mm dan ekzos 30mm (maaf tiada gambar kerana kalut sgt nk psg masa tu, tak sempat amik gambar...)  Ruang pembakaran dibesarkan menjadi 60mm dan squish band ditapper 10 darjah selebar 5mm. Isipadunya pula 23ml, menjadikan compression ratio 11.3.. Sengaja disetting tidak  terlalu tinggi untuk menjaga ketahanan mesin agar tidak cepat 'hancur' untuk perjalanan jauh ini...
     

    • Sekarang adalah bahagian favorite kami, camshaft. Cam untuk mesin ini kami akan ceritakan menggunakan fomula kira gigi.. Untuk cam intake membuka 2 gigi, menutup 4 gigi. ekzos pula membuka 4.5 gigi menutup 2 gigi.. So, berapa degree cam ini? Fikir-fikirkan :)
    • Selain dari sudut cam juga terdapat ukuran yang penting iaitu Lift. Lift juga memainkan peranan untuk memberi kuasa pada RPM tertentu. Namun tidak sekadar dipuncak lift, terdapat misteri juga di area Flank. Untuk lift intake kami porting setinggi 9.8 dan ekzos 9mm, flank pula kurang 2mm dari lift.. Flank yang tepat akan membantu melebarkan rentang kuasa mesin. Oleh itu kami gunakan formula ini agar mesin tidak kehilangan kuasa di hujung garisan penamat..
    Camshaft yang penuh misteri
    • Setelah enjin siap sepenuhnya kami gantungkan pada body kriss sprint yang kami gunakan untuk bermain dalam katogeri 4t 120cc Body Sdt.. Body asal mesin ini terlalu standart, jadi berat body ini akan mengurangkan km/j yang ingin dicapai..
    • Untuk pengapian kami gunkakan CDI wave 125 dan juga menggunakan sistem total lost. magnet buang habis.
    • Kaburator PWK 36 menjadi pilihan kami untuk 'memberi makan' mesin ini.
    • Ekzos custom made menggunakan muffler RXZ yang telah dibedah 100% dengan manifold termasuk paip sepanjang 1.5ft.
     
    •  Setelah berembum kira-kira 4 malam, buka pasang berbelas kali, kami berjaya menyiapkan mesin ini untuk meluncur dalam jarak 1km dengan kelajuan melebihi 200km/j. Disini kami tidak dapat menyatakan berapa meter sebenar kerana tiada meter digital untuk disukat. cuma pada meter RXZ yang dipasang, jarum menunjukkan di bawah skru, tak sampai lagi km/h.. Jika diambil masa, mesin ini mencatat kelajuan 23 saat/1km.. berapa km/j? anda yang tentukan sendiri.. 
     
    • Alhamdulillah.. berjaya gak hang noh, dapat bawah skru... (kata kawan-kawan seperjuang dari utara) Terima kasih semua..
    body kriss
     Kriss sekilo 23 saat, sprocket 17 30


KRISS OPEN SEKILO - Tuned by Alang Motor
Assalamualaikum alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi.. kali ini kami akan bercerita pasal mesin kriss sekilo.. bukan 1 kilogram, tapi 1 kilometer :)

Tuned by Alang Motor
KRISS OPEN SEKILO. Kriss enjin open, body standart Assalamualaikum Tuned by Alang Motor. BERAPA DEGREE DAN LSA CAM ANDA? MARI KITA KIRA.

gambar kenari V1 | 2000 android models
kriss open sekilo tuned by alang motor Posted on October 17, 2014 | No Comments As salam, okay tak kalau saya modi ikut yang dinyatakan kat bawah untuk setanding ngan

Modifikasi Ekzos Motor @ modifikasi-motor.com
Ex5 head blok kriss - tuned alang motor, Untuk head pula kami telah membesarkan valve inlet menjadi 32mm, Kriss open sekilo - tuned by alang motor.

Yamaha Lagenda Modified Sendiri Mylamoc Full - Info Harga ...
Kriss open sekilo - tuned by alang motor, syukur kehadrat illahi kali ini kami akan bercerita pasal mesin kriss sekilo bukan 1 kilogram, tapi 1 kilometer :).

Gambar Motor Modenas Ct110 - maoxiandao.asia
KRISS OPEN SEKILO - Tuned by Alang Motor. Assalamualaikum alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi.. kali ini kami akan bercerita pasal mesin kriss sekilo.. bukan 1

Harga Ekzos Modenas Kriss 110 - Info Harga-Harga Terbaru
Kriss open sekilo - tuned by alang motor, syukur kehadrat illahi kali ini kami akan bercerita pasal mesin kriss sekilo bukan 1 kilogram, tapi 1 kilometer :).

Manifold Modi 135lc - Info Harga 2014 Terbaru
Info Harga 2014 - Manifold Modi 135lc, Kriss open sekilo - tuned by alang motor, As salam, okay tak kalau saya modi ikut yang dinyatakan kat bawah untuk setanding

Ex5 Racing Block Mudah | Search Results | Auto Cars
mto smpai 140.so die akn mnjejaskn enjin tue tak..?? jawapan kami.. thans pada syah125. Kriss open sekilo - tuned alang motor, As salam

Modifikasi Motor Ex5 | Tips And Tutorial
Kriss open sekilo - tuned alang motor, Untuk bahagian dalaman kami gunakan part yang standart original termasuk sistem gear. memang kami selalu gunakan gear standart

Previous
Next Post »