Fire Starting Automobil: Modifikasi Proton Satria

Pertanyaan yang diajukan
fadhil
: bro.. kasi cite sket budak2 mod satria.. berminat nk dapatkn info2 menarik dr bro.. thanks!
Jawapan kami

Thanks bertanya pada Fadhil ..Ok berbalik pada pertanyaan Fadhil.. sememangnya Model satria sudah nampak sporty .. ini memudahkan lagi modifikasi dilakukan hanya sedikit sentuhan sudah nampak cantik dan tak perlulah banyak bajet modal pengubahsuaian dilakukan...
_______________________________
1) Modifikasi pada Enjin
Selalunya bila sebut modifide kereta ajer berkait dengan pengubahsuaian bahagian enjin.. Kalau ikut prosedure sekarang convert enjin cuma dibenarkan 25% saja jadi kena ikut spec dalam geran asal kereta kita..

Kalau dari enjin asal. 1.3 maksimun untuk 1.5 saja yang lepas JPJ. sama ada nak masuk enjin 4G15 standard magma 1.5 atau nak masuk 4g91 - 1.5 dohc masuk engine 4g91 karburator. 4g91 ada 2 spec.iaitu karburator atau injektion.Kalau kamu nak masuk enjin 4G91t sudah cukup memadai..endorse pun senang..masuk 4G91 takde masalah tapak enjin. setiap pertukaran enjin kenalah dapat endorsement dari puspakom dan jpj. ini keperluan standard.enjin 4G91 1500cc boleh didapati dalam bentuk carb atau EFI. jika kamu guna carb, proses conversion lebih mudah kerana tidak memerlukan ECU dan sistem wiring yang kompleks.jika guna EFI lebih rumit. tapi EFI lebih ekonomi dan berkuasa.

Kalau masuk enjin 4G61 senang sikit nak endos klau tak silap la sebab tak banyak nak modified pada tapak mounting. .manakala 4g92 mivec nie enjin 1.6 twincam ada sistem vvt. maknenye pada satu rpm akan ada satu sentapan kuasa dr rpm 5.5krpm ke redline. 4g92 pula ialah sejenis engine yg mana pada masa kini semua orang memanggilnya dengan nama engine MIVEC...ini adalah antara keluarga engine mitsubishi yg latest lepas technology vr4.. oh ya, 4g92 ini juga terbahagi kpd 3 jenis iaitu : 4g92 (standard) ialah yg biasa, 4g92 (silvertop) ialah lebih laju sedikit dari yg standard...dan 4g92 (blacktop) ialah sebuah engine yg mempunyai LSD dan sesuai untuk dijadikan sebagai kereta lumba (ber turbo).....

kalau masuk enjin 4g93 - 1.8 sohc@dohc NA @ turbo. Syarat utama kereta mestilah memasang brake disk pada ke empat2 roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 keatas..
_______________________________
2) Modifikasi Bodykit Satria
Disini apa yang saya perhatikan kebiasaan selalunya Proton Satria standard banyak orang yang convert kepada model Mivec atau menjadi Model Satria GTI

a) Bodykit Satria Mivec

Kalau pakai bodykit ala-ala mivec ni tak banyak part kena tukar cuma kena cari bonet depan mivec lah .. memang cun cun masuk jer.. ada gak orang masuk bonet mirage asti cuma bonet tu macam panjang sket

b) Bodykit Satria GTI

tapi kalau masuk bodykit Satria GTI ni agak susah sikit banyak kerja nak buat pada bodykit untuk menjadikan seakan2 GTI sebenar... cuma nak cari bumper original GTI ni payah.. sekarang ni kebanyakkan yang pasang bodykit GTI semua yang fiber aje..
_______________________________
3) Part aksesori Proton Satria
OK bila dah siap luaran mulalah kita mencari part-part aksesori kereta yang lain-lain.. antaranya aksesori sesuai untuk Satria GTI macam kat bawah ni..



_______________________________
Ekzos Muffler kereta..
Cuma Kalau nak tukar Muffler banyak makan modal, banyak kena tukar dari extractor dan pasang tabung bullet tengah.. Kalau Satria standard ramai pakai stright flow ada pick up sikit tapi agak bising.. kalau pakai S flow ni agak jimat minyak dan senyap sikit bunyinya... tapi kalau Satria GTI sesuai pakai muffler 2 corong asap tu...

kadang kala ramai membuat sangat berlebihan xtreme, modified ekzos muffler Straight piping terus bawah tangki dan ade pulak yang buat dari satu ekzos then pecahkn kepada dua piping ekzos memang kompom tak leh. Tidak dibenarkan samasekalimendatangkan bunyi amat bising lebih dari 90db juga salah tidak dibenarkan
_______________________________
Seat Bucket
Seperti yang kita tau Kalau model GTI mmg siap ada seat Recaro ni... tapi kalau nak gempak lagi dan ramai orang buat dengan menukar seat standert kepada sport bucket (tak kesah lah apa jenama pun) cuma kena buat welding tapak bawah untuk ikat nut screw..

_______________________________
Head lamp, CCFL Projector
Yang kiri HeadLamp yang biasa ajer,tapi yang kanan tu smoke head lamp dalam tu hitam .. cantik gak bila tengok orang pasang..

Yang ni Double CCFL Projector, lampu projector ini ada lensa / kaca pembesar ,cuma kena buat wiring sikit.. kalau pasang lampu HID memang cahaya dia terang benderang ..silau matawoooo...kalau lampu putih jpj nampak memang kena saman ..JPJ larang pun sebab kilauan dia mengganggu orang dihadapan. guna je laaa halogrn bulb warna kuning , janji jangan guna lampu HID..Kebanyakan jenis lampu ni jenis plastik, tapi tahan gak laa..

Lampu ni cantik memang cantik pasal ada nampak cahaya ring eye bila on switch..Kadang lampu cam ni siap ada LED day running light keliling lampu tu.. tapi masa jpj buat operasi kene jaga sikit. berani buat, berani tanggung la.
_______________________________
Rear Tail Lamp, Side signal
Ok beralih pula pada lampu belakang Tail lamp ada macam macam jenis... cantik woo

Cuma kadang tu silicon gam dia tak berapa baik selalu bila hujan lebat air masuk bertakung kat bahagian dalam ...

Yang ni side signal ... selalu warna kuning ajer cuba tukar ngan warna kristal ni lagi nampak cun sikit...
_______________________________
Absorber , spring & Stabilizing bar

(Absorber & spring) Sebaik-baiknya kita pilih jenis absorber & spring ni ikut keperluan kereta masing-masing, bukan main ikut brand atau ikut orang je.Pilih springs dan shock yang sesuai dengan handling dan ride termasuklah dari segi cornering, langgar jalan tidak rata dan juga lalu bumper jalan..Kalu Nak lowered, tak kisah..... tapi guna la suspention yang bagus. nak tukar spring, better pakai spring yg memang bagus cam Eibach, Apex dll.. Absorber pun kena tukar gak, baru lah match ngan spring. Apa pun Tolong jangan potong spring yer, bahaya sangat.
(Stabilizing bar) Pemasangan Stud Stabilizing bar ni berfungsi kalau kita memandu melebihi 140km/j dan mengambil selekoh pada kelajuan ini. kebaikkan Stud Stabilizing bar selain performance ia juga dicipta utk safety bile brlaku kemalangan..utk keberkesanan menyeluruh..pasang pd full site..kalau nak cilok kat highway confident walaupun dengan kelajuan 140km keatas..tetap tak membuai-buai time bile mencilok dan layan corner...Bar ini sepatutnya dipasang bersama dengan tayar berprofil rendah dan bersuspension keras (sport)
_______________________________
4) Pasang Sunroof
kalau ada duit lebey leh pasang sunroof ni.. pergh! nampak ganas satria tuh..sunroof nak pasang better beli kat kedai potong..siap pasang,wiring dan surat jpj. cari yg sama model... tak payah nak potong2 pillar tuh...

Cara paling mudah untuk menukar bumbung adalah dengan menukar keseluruhan bumbung yang menggunakan sunroof ini kerana ianya lebih selamat daripada menebuk bumbung asal dan memasang sunroof. Ini kerana bumbung asal apabila ditepuk roof sub assembly akan turut dipotong.keburukan bile pasang xbagus n air masuk n JPJ kaco kalu kite malas endose...ambil langkah yang bijak.. daftarkan pemasangan sunroof anda.. sebelum kereta anda ditarik ke JPJ berhampiran.
_______________________________
5) Pasang Vertical Scissors door
Ni sudah kira di katakan Xtream modified... Sememangnya menjadi impian bagi hampir semua kaki kereta,makeup lawa-lawa pasang pintu Scissors.. buka pintu kereta menaikkan pintu Scissors Door ketika hendak masuk dan keluar kereta... Canggih nampaknya... Tapi harga boleh tahan ade orang yang kata kalau nak pasang aje jejak RM 5000 dan ada gak yang pasang sampai berbelas ribu lebih gak

kalau dua pintu smart sebab pintu panjang sket kan.. macam satria ni memang nampak canggihkan.. Cuma masalahnya pintu ni tak leh lah buka tutup macam kereta biasa selalu... pastu kekadang bracket jd loose..arm scissor dia tak tahan.....nak tutup pintu kemas-kemas pun susah...
_______________________________
Nasihat Kami
Menjadi satu kesalahan bagi pemilik kenderaan yang membuat pengubahsuaian terutama pada enjin tanpa kebenaran JPJ dan akan dikenakan tindakan. Bagi mengelakkan tindakan diambil, pemilik kenderaan diminta supaya sebelum menukar enjin, berurusan dengan JPJ dan membuat permohonan terlebih dahulu bagi memastikan pengubahsuaian itu dilakukan mengikut piawaian ditetapkan,"Awas Kereta Anda Boleh Disita

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks


Fire Starting Automobil: Modifikasi Proton Satria
Pertanyaan yang diajukan fadhil: bro.. kasi cite sket budak2 mod satria.. berminat nk dapatkn info2 menarik dr bro.. thanks! Jawapan kami Thanks bertanya

Fire Starting Automobil Modifikasi Proton Satria
fire starting automobil modifikasi proton satria . Many people have talked about Fire starting automobil: modifikasi proton satria. But in this post i will explain

Fire Starting Automobil Modifikasi Proton Satria Terbaru
More Results Related to fire starting automobil modifikasi proton satria; Fire Starting Automobil Modifikasi Proton Satria Pertanyaan yang diajukan fadhil: bro.. kasi

Fire Starting Automobil: Generasi Proton Satria ..
Proton Satria.. Proton Satria adalah fire starting automobile: Create Tip2 Modifikasi Motorsikal Kupcai Yang Dibenarkan dan Tidak dibenarkan 1

Proton satria mivec - Motorcycle Pictures
Fire Starting Automobil: Modifikasi Proton Satria. 960x608. Fire Starting Automobil: Modifikasi Proton Satria. Mivek4doddle: Mitsubishi CA to CJ Facelift on Proton Cars.

Harga Satria F Second Modif @ modifikasi-motor.com
Fire starting automobil: modifikasi proton satria, Pertanyaan yang diajukan fadhil: bro.. kasi cite sket budak2 mod satria.. berminat nk dapatkn info2 menarik dr bro

NEW SATRIA NEO R3 CPS ENGINE? WHY NOT PROTON CFE TURBO ...
New proton Satria Neo R3 launched by Proton today with several enhancement from the Satria Neo CPS that has been stopped from production a year ago.

Fire Starting Automobil Modifikasi Proton Satria | Info ...
Fire Starting Automobil: Modifikasi Proton Satria. Pertanyaan yang diajukan fadhil: bro.. kasi cite sket budak2 mod satria.. berminat nk dapatkn info2 menarik dr bro

Satria 2 Tak Modif | TipsArtikel.com
Motor satria hiu depok - youtube, Youtube home · cakbau. Fire starting automobil: modifikasi proton satria, Pertanyaan yang diajukan fadhil: bro kasi

Modif Kereta Proton Sport 2014 | SanjayaCars.com
kereta dot info, Proton preve specification and price listed below for 3 variants of new preve 1.6 cvt premium cfe, Modifikasi kereta

Previous
Next Post »