Fire Starting Automobil: Pilihan motorsikal kupcai terbaik

Banyak2 brand motor kapcai kat malaysia ini,motor apa yang paling sesuai nak guna pakai?yang jimat dari segi minyak,penyelenggaraan dan ciri-ciri keselamatan? Nak tanya boleh?heheee antara motor kapcai yang ada,motr mana yang tahan dan jimat nak servis?honda,yamaha,?

_______________________________

Jawapan kami..

Thanks bertanya maaf lambat jawab pertanyaan anda.. kerana agak kesibukan lah sedikit.... apa pun kami cuba jawab secara ringkasnya macam kat bawah...

A) first sekali pemilihan motorsikal kena tahu perbezaan motorsikal 4 lejang dan 2 lejang baik buruknya..

Perbezaan 4 lejang dan 2 lejang

_______________________________

B)Secara keseluruhnya bagi saya engine 4 lejang lebih menjimatkan walaupun sekali sekala perlu dibuat top overhaul.Apa apa pun bergantung tujuan asal motorsikal ini hendak digunakan
-Kalu nak race baik 2 lejang
-Kalu nak buat pergi kerja baik 4 lejang

C) -BAJET & Jenama (Brand)
Bajet adalah perkara yg terbesar dan terpenting sekali. Korang sering ditanya, berapa bajet yg ada sebab terlalu banyak kategori motosikal yang ada berdasarkan bajet anda.lagi satu tentang jenama (brand) selalunya barang apa pun, selalunya harga kena dengan kualiti . kalau pandai buat pertimbangan Alah membeli menang memakai: membeli barang bagus tetapi mahal sikit masih lebih menguntungkan daripada membeli barang murah tapi cepat rusak.
_______________________________

4 stroke
Tiga Motorsikal Kupcai 4 lejang menjadi pilihan bagi aku

1. Kalau Bajet Antara RM6000 ( Range RM6000-7000).Yamaha 135LC...Sejak model Yamaha ni keluar pasaran Malaysia tak silap saya tahun 2006, model ini menjadi model yang paling popular dan laris sekali. Pada keluaran pertama LC 135 boleh lari laju gila sebab masa tu model ni tak ada cut off lagi. Sejak permintaan motor ini makin tinggi dan banyak juga eksiden kat jalan raya Malaysia, terus jadi biasa biasa je. Tapi kalau nak dibandingkan motor ni dengan motor keluaran Yamaha yang lain, saya rasa model ni la yang paling jimat, cantik dan juga amat amat berbaloi kalau nak beli. Terdapat dua jenis iaitu satu yang ada clutch dan satu lagi model biasa. Harganya tak silap dalam lingkungan RM6500. Dari segi penjimatan minyak memang ketara . Walaupun tangki sekecik 4 liter, tapi dengan cara penunggangan yang berhemah ( 80-100kmh) ,Motorsikal ini boleh digerakkan sejauh 150-180km dengan mudah. Motorsikal ni jugak sesuai untuk perjalanan jauh berikutan dilengkapi dengan coolant dan kipas serta radiator Malangnya motorsikal ni sering menjadik tumpuan pencuri.

_______________________________

2. Kalau bajet atas sikit RM5000. Honda Wave... Pada penghujung 1990-an, Honda memperkenalkan motosikal siri NF yang lebih dikenali sebagai Honda Wave yang menggunakan kerangka tiub keluli, brek disk hadapan dan set penutup plastik dalam pelbagai pilihan enjin - 100cc, 110cc dan 125cc.Tak kisah lah cc berapa walaupun dah di buat di Thailand dan bukan 100% dari jepun lagi. Kalau nak tahan lasak jalan hari-hari atau distance jauh , spare part senang, maintenance senang, minyak jimat ni lah pilihannya.Kalau ikutkan praktikaliti, Wave125 ni lagi bagus dari LC.. antaranya ade u-box bawah seat.. boleh la nak wat letak baju hujan ke, tools sket.. kalau hujan semua henset, wallet boleh simpan dalam tu.. agak besar, cuma tak cukup besar nak simpan helmet la. kalau naik 2 orang 110-120kmh ni senang-senang je, Dari segi kelasakan rasanya wave lagi baik kot. makin panas enjin honda makin smooth, dari segi minyak memang menang kat wave 125 la kalu 110 lg la jimat memang terasa beza.

_______________________________

3. Kalau bajet dibawah RM5000.Honda EX5....Sejak tahun 1980-an Model 100cc Honda EX5 mendominasi pasaran kat Malaysia ni agak lama jugak tu.Honda EX5 pada asalnya mengantikan generasi honda cup lama ni dilengkapi sistem gantungan hadapan teleskopik bagi menggantikan gantungan rangkaian bawah, dan transmisi 4 kelajuan yang lebih cekap bagi menggantikan transmisi 3 kelajuan yang digunakan pada honda cup model lama. Penggunaan enjin 4 lejang menjadikan enjinnya lebih senyap berbanding enjin dua lenjang yang digunakan oleh saingannya dan mampu berjalan jauh tanpa lampau panas.Honda EX5...Motor yang paling murah dan popular.Walaupun dikategorikan motor murah, tapi motor ni paling paling sedap bila ditunggang kerana ia ringan. Mudah ditunggang kerana adanya klac emparan automatik, oleh itu sesuai digunakan untuk belajar menunggang motosikal. Sangat menjimatkan minyak (sehingga melebihi 40 km/L) Mudah untuk mencelah ketika kesesakan jalan raya yang teruk. Kos penyelenggaraan dan alat ganti yang murah.Jangan pandang ringan la motor ni, kalau dapat kat budak yang kreatif, daripada gambar standard diatas tu boleh jadi smart gila. Serius ah. Harga lebih kurang RM3900. Motor paling panas dan paling cepat hilang. Hehe biasalah, permintaan part dia tinggi kot.

_______________________________

2 stroke
Hanya 2 model Motorsikal Kupcai 2 lejang menjadi pilihan bagi aku.. Sebab apa hanya duamodel ajer biasanya motosikal 2 lejang nie lebih mahal daripada motosikal 4 lejang..
_______________________________

1. Kalau bajet RM 6000 -RM7000.Yamaha RXZ... Jika kita mengikuti sejarah pengeluaran motosikal Yamaha sekitar tahun-tahun 80an dulu, Yamaha RX-Z 135 cc pernah merajai jalan raya suatu ketika dahulu dan nampaknya Yamaha RX-Z masih lagi mendapat perhatian peminat-peminat motosikal tempatan. Tanyalah mana mana budak Melayu, suka RXZ ke tak dan jawapanya pasti mereka suka. Orang kata model ni tak akan lapuk dek zaman. Dah sinonim dengan masyarakat Melayu kiranya dah jadi model lagenda. Yamaha RX-Z asalnya menggunakan transmisi 5 kelajuan dengan brek disk tidak berlubang Beberapa tahun kemudian, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan, bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.Apa apapun, tak silap saya setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model ni.yang terbaru ni adalah model rxz catalyzer cuma penambahan catalytic converter. Tapi rxz 5speed ni kelebihanye top speed sedap pasal enjin die lebih sedap berbanding dgn 6 speed..Tapi sekarang ramai budak dah convert ke 6 speed or catalyzer pasal nak nampak motor tu baru dan nampak moden.. dan saya selalu nampak motor RXZ baru diatas jalan. Itu membuktikan bahawasanya model ini tak lapuk dek zaman. kan kan? Kalau budak budak muda beli RXZ ke, mesti kawan kawan akan kata pemiliknya kaya kerana dapat bela motor yang kuat makan minyak dan juga makan minyak 2T.bb kebanyak budak2 RXZ ni sebabnya selalunya akan besarkan sikit 2Tnya supaya block xcalar atau mudah jem, tapi yg pasti sekurang2nya 3 Tank Penuh minyak RXZ boleh digunakan untuk 1liter 2T Hehe

_______________________________

2. Kalau bajet RM 6000 keatas sikit ajer.Yamaha 125Z...Keluaran model ada dua jenis Yamaha125z angaran harga RM 6292.26 dan Yamaha 125ZR anggaran harga RM 6617.76..Yamaha masih lagi mendominasi, jangan lupa 125z yang amat menarik hati ini. Juga boleh dikategorikan sebagai motor bajet tinggi ni, sebab dia memang laju dan kuat makan minyak.125zr standard pekak isi RM7.00 boleh jalan 110km speed 120-140km/j (0.063sen per km). Apa apapun, kalau orang dah gila motor dan bawa laju memang tak boleh nak kata apa. Bila seseorang dah berkenan pada sesebuah motor, kot mana pun pasti dia akan pilih dan beli. Model Yamaha 125z ini telah berjaya dijual dengan laris dipasaran. Motosikal ini lebih berkuasa dengan enjin 2-lejang berkapasiti 125cc dan transmisi 6 kelajuan. Manakala penggunaan monoshock pula menggantikan sistem dual-shock yang sekian lama digunakan pada motosikal kapcai. Sistem breknya juga turut dinaiktaraf dengan penggunaan brek disk di depan dan belakang. Yamaha 125 mmg ringan dah..memang sedap...memang berbaloi...tapi biasa lah 2 stroke...perlukan duit yg agak lebih utk minyak..lagi satu 125 ni body berat,aerodinamik,rendah,memang sedap badannye..stabil pada kelajuan tinggi.. tak goyang bila lawan angin lori.. everything seems perfect.. .bagi aku,aku lebih menyokong 125 sbb mmg best untuk perjalanan dekat dan jauh...kalo jalan jauh tu jangan lah merembat je keje...mmg jem la nanti

_______________________________

135 lc dan rxz,mana lagi best nak beli bro?confius..heheeee
apa kelebihan dan kebrukan motor ni??
Jawapan Kami..
Macam mana nak cakap yerr... ko tengok ajer lah perbandingan kat bawah ni yerr..

(Klik kasi besar sikit gambar)

Rambut sme hitam hati siape tau ye tak.. Lain orang lain pandangannya , lain minatnya?? tepuk dada tanya selera dan tanye poket. fikir-fikirkan lah yerr...

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks


Fire Starting Automobil: Pilihan motorsikal kupcai terbaik
Pilihan motorsikal kupcai terbaik Banyak2 brand motor kapcai kat malaysia ini,motor apa yang paling sesuai nak guna pakai?yang fire starting

Fire Starting Automobil Pilihan Motorsikal Kupcai Terbaik
Here i will explain about fire starting automobil pilihan motorsikal kupcai terbaik . Many people have talked about Fire starting automobil: pilihan motorsikal kupcai

Fire Starting Automobil Pilihan Motorsikal Kupcai Terbaik ...
Fire Starting Automobil: Pilihan motorsikal kupcai terbaik - HD Wallpapers. Fire Starting Automobil: Pilihan motorsikal kupcai terbaik is great image for your

Fire Starting Automobil Pilihan Motorsikal Kupcai Terbaik
Fire Starting Automobil Pilihan Motorsikal Kupcai Terbaik. Full Description About Fire Starting Automobil Pilihan Motorsikal Kupcai Terbaik. B)secara keseluruhnya

Fire Starting Automobil Pilihan Motorsikal Kupcai Terbaik ...
Pilihan motorsikal kupcai terbaik. Pilihan motorsikal kupcai terbaik. Pilihan motorsikal kupcai terbaik. Nak Jual Rim R (.: KPPSIM / S.I.C Malaysia ~ No. Pendaftaran

Fire Starting Automobil: Info Motorsikal
26* Pilihan motorsikal kupcai terbaik. fire starting automobile: Tip2 Modifikasi Motorsikal Kupcai Yang Dibenarkan dan Tidak dibenarkan 1.Pemasangan Ekzos

Review spec and feature catalog fire starting automobil ...
Search Results for 'fire starting automobil pilihan motorsikal kupcai terbaik'

Yamaha 125zr club - Motorcycle Pictures - Faqih.NET
Fire Starting Automobil: Fire Starting Automobil: Pilihan motorsikal kupcai terbaik. 960x697. Fire Starting Automobil: Pilihan motorsikal kupcai terbaik.

Fire Starting Automobil Pilihan Motorsikal Kupcai Terbaik ...
No results for "Fire Starting Automobil Pilihan Motorsikal Kupcai Terbaik" We were not able to find any posts. Please try again. Would you like to search again?

Yamaha 125zr baru - Motorcycle Pictures - Faqih.NET
Fire Starting Automobil: Pilihan motorsikal kupcai terbaik. Fire Starting Automobil: Pilihan motorsikal kupcai terbaik. Belog cerita tanpa kata :): January 2012

Previous
Next Post »